Kisah yang simple but
nice and more lessons untuk meneruskan sebuah kehidupan…kehidupan ini
banyak suka dan duka…..jika tiada duka, sebuah kehidupan itu tiada
kemanisan…dugaan itu perlu untuk mematangkan seseorang…Allah tak kan
bagi dugaan jika kita tak mampu nak hadapinya….
dalam perjalananku
untuk menuju sebuah tempat, mataku tertarik untuk melihat sebuah yang
boleh aku katakan satu family yang amat menusuk kalbu di hatiku…hati
seorang hamba Allah….hati yang mempunyai sebuah perasaan kasih
sayang…sedang aku leka melihat mereka, aku meletakkan diri aku di tempat
mereka…Subhanallah….jika aku di tempat mereka, adakah aku mampu
meneruskan hidup ni…emmmmm…..sayunya hatiku melihat cara pemakaian
mereka…seorang wanita tua yang memakai kain batik, t-shirt yang dah
koyak, tidak memakai selipar, hanya berkaki ayam sambil memegang
plastik…di tepi kanannya, seorang budak lelaki yang comel sedang asyik
melihat kereta lalu lalang….memakai seluar pendek sahaja….manakala di
tepi kiri wanita tua itu, ada seorang budak perempuan yang aku kira
umurnya lebih kurang 6thn….comel…amat manis wajahnya….hanya memakai baju
kurung tanpa memakai kain….kain di gantikan dengan seluar track biasa
sambil memegang plastik di kedua- dua belah tangannya….jika di
bandingkan dengan aku yang memakai pakaian yang elok, manakala mereka
memakai pakaian yang bagi mereka cukup untuk menutup
aurat….Astarghfirullahhalazim….
mereka ini sebenarnya
ingin melintas jalan untuk ke seberang…..tiada yang bertolak ansur untuk
memberi laluan kepada mereka…aku pun buat- buat macam kereta rosak
dengan menekan button kecemasan…..aku memberi laluan kepada
mereka…setelah mereka dapat melintas, aku parking kereta di kaki
jalan…..hati ini mendesak untuk mengetahui siapa mereka sebenarnya dan
kenapa memegang plastik kosong sahaja….aku memberanikan diri bersapa
dengan wanita tua itu walaupun aku tahu yang aku sudah lambat untuk ke
tempat itu…..aku bertanya….” Mak cik nak g mane? Dari mane?”….lalu
wanita tua itu menjawab, “ mak cik x g mane pun…saje jer jalan2…bawak
budak- budak jalan2”……hatiku mengatakan ada sesuatu yang mak cik ni
sedang sembunyikan…macam pelik jer bawak plastik kosong….aku pun
bertanya lagi, “ plastik tu nak wat ape??”…wanita itu menjawab, “ nak
cari makanan”……aku mempelawanya mengikut aku sekali untuk mencari
makanan…..tapi…dia mengatakan bahawa, sudah ada orang yang tolong
sediakan makanan untuk mereka…….suasana sepi seketika….tiba-
tiba…..muncul satu suara kecil yang mengatakan, “ tipu…mane ada orang
sediakan makanan untuk kita….ni nak g kutip makanan nak bukak pose la
ni”……..ya Allah…terkejutnyer aku mendengar apabila aku melihat budak
perempuan yang comel itu rupa- rupanya sedang berkata- kata…..sebaknya
hatiku apabila mendengar, mereka mengutip makanan untuk sajian berbuka
puasa….Astarghfirullahhalazim….dunia sekarang….aku mengambil langkah
dengan niat untuk menolong mereka…hati ni tak sanggup untuk melihat
mereka mengutip makanan untuk teruskan hidup…..apa yang aku harapkan,
mereka ini harus di bantu…
sedikit menimbulkan kesedaran,
di mana, kita yang mempunyai sebuah kehidupan yang sederhana dan mampu
ini, seharusnya bersyukur dengan apa yang ada…macam lagu raihan
tu…syukur dan thank you Allah…best…lagu tu menyeru untuk bersyukur dan
berterima kasih kepada Allah… jangan terlalu tamak untuk memiliki
sesuatu...jangan terlalu membazir dalam menjalani kehidupan ini sebab
kita kene ingat, masih ada orang yang memerlukannya…bila kita rasa kita
susah, miskin, ingatlah…masih ada yang lagi susah dan miskin dari
kita….walaupun kita mempunyai sebuah kehidupan yang mungkin sudah cukup
mewah, janganlah kita riak dan lupa akan Allah….REZEKI, JODOH, AJAL
itu….RAHSIA Allah yang cukup besar…..wallahua’lam….
No comments:
Post a Comment