kisah kau dan aku

Satu kisah antara Ifah dan Khai. Ifah merupakan anak sulong dan mempunyai ramai adik beradik. Ifah baru sahaja mendapat diploma dari salah 1 universiti terkenal. Ifah dan Khai merupakan pasangan kekasih yang berjanji tidak akan meninggalkan salah satu sama lain. Ifah sayang Khai sangat- sangat. Khai pada masa bekerja di 7e manakala Ifah sedang mencari kerja. Setiap hari Ifah berdoa agar di murahkan rezeki dalam pekerjaan. Ifah mendapat kerja sebagai cikgu tadika. Sepanjang ifah bekerja di tadika itu, pelbagai dugaan yang terjadi terhadap Ifah. Ifah seorang gadis yang mempunyai kelebihan kerana dapat melihat alam ghaib jika di izinkan. Maka, pada suatu hari, Ifah ternampak majikannya meletakkan sesuatu ke dalam makanan setiap pekerja. Lantas itu, Ifah menceritakan kepada kawan- kawan pekerja yang lain. Pelbagai usaha yang di lakukan oleh Ifah dan kawan- kawan bagi mengelakkan terjadi apa- apa pada diri masing- masing. Ifah turut menceritakan hal ini kepada Khai. Khai amat bimbang dan menyarankan agar Ifah berhenti kerja di situ. Setelah Ifah berhenti kerja di situ, Ifah mencari kerja di mana- mana tempat. Khai pada masa itu telah pun berhenti bekerja dan memasuki kursus dalam bidang designer. Ifah bersyukur kerana mendapat kerja di koperasi dan berita kesyukuran itu di kongsikan kepada keluarga dan juga Khai. Khai amat gembira kerana ifah mendapat kerja yang elok. Setelah itu, Ifah bekerja di situ sebagai pegawai pemasaran. Di tempat kerja itu juga, Ifah berkenalan dengan seorang lelaki yang bernama Taufik. Pada mulanya, Ifah selalu menceritakan hal Taufik kepada Khai. Khai seorang lelaki yang baik dan mempunyai jiwa yang sensitif. Khai percaya kepada Taufik kerana menyangkakan Taufik menjaga Ifah di tempat kerja kerana pada masa itu, Ifah sudah bertukar sifatnya dengan menjadi seorang yang asyik lupa akan Khai. Pada satu hari, Khai asyik menelefon Ifah kerana Ifah melarikan diri darinya. Pelbagai cara Khai lakukan untuk memulihkan hubungan di antara dia dan Ifah. Khai menjadi pelik dengan kelakuan Ifah yang seakan- akan mempunyai dua watak di dalam diri Ifah. Pada waktu malam, Ifah akan menjadi seperti gadis yang di kenalinya, manakala pada waktu siang, Ifah lupa siapa Khai pada dirinya. Khai tidak berputus asa dengan menyedarkan Ifah bahawa siapa Khai sebenarnya dalam diri Ifah. Keluarga Ifah seakan- akan tidak mengetahui apa yang terjadi pada mulanya, tetapi akhirnya, adik Ifah yang bernama Alif menyedari perubahan yang melanda dalam diri kakaknya. Alif pelik kerana setiap kali Ifah pulang bekerja, kakaknya itu akan tidur dan tidak bercakap dengan keluarganya. Lantas, hal ini, di ceritakan kepada Khai.
Akhirnya Khai menceritakan kepada Alif, bahawa sudah berberapa kali dia melihat Ifah bersama- sama Taufik. Khai juga menyiasat hal ini dengan bertanyakan kepada teman sepejabat dengan Ifah. Mereka memberitahu bahawa, Taufik menggunakan ilmu hitam untuk mendapatkan Ifah supaya Ifah tidak sesekali memikirkan orang lain kecuali Taufik. Setelah Alif mengetahui hal ini, Alif berpakat dengan Khai untuk membawa Ifah berjumpa dengan ustaz Razak. Dengan izin Allah s.w.t, Ifah kembali ke dunia yang nyata. Taufik menerima balasan yang setimpal dengan apa yang dia lakukan terhadap Ifah. Khai melamar Ifah sebagai permaisuri untuk hidupnya dan berjanji akan menjaga Ifah selama hayatnya....amin....

3 comments: