Episod kali ini mengisahkan tentang kehidupan seorang remaja yang bernama sufiyah. Sufiyah merupakan gadis yang cantik, sopan santun dan memiliki ciri- ciri wanita idaman. Sufiyah merupakan harapan keluarga. Sufiyah amat mentaati perintah kedua ibu bapanya. Sufiyah ketika itu bekerja di salah sebuah syarikat yang mengeluarkan produk- produk harian dan dia bekerja sebagai operator pengeluaran. Dalam masa yang sama, Sufiyah meminta kebenaran daripada ibu dan ayah untuk melanjutkan pelajarannya dan memberitahu bahawa, kerjanya itu hanya sementara. Ibu dan ayahnya bersetuju dengan permintaannya. Sufiyah sudah memiliki teman lelaki yang amat dia cintai, yang bernama Syahmi. Sufiyah dan Syahmi telah lama berkenalan dan hubungan mereka di restui oleh ibu dan ayahnya. Setelah beberapa bulan berlalu, Sufiyah di kejutkan berita bahawa neneknya telah meninggalkan wasiat. Wasiat itu berunsurkan perjodohan antara cucu perempuan pertama dengan cucu lelaki pertama kawan neneknya. Neneknya terhutang budi dengan keluarga Tuan Salleh yang telah menolong nenek dan datuknya ketika dalam kesusahan. Sufiyah merasakan yang dunia ini tidak adil baginya kerana hidupnya di tentukan. Dia amat membenci arwah nenek dan datuknya tetapi setelah di pujuk oleh ibu dan ayah, maka, Sufiyah bersetuju untuk mengikut wasiat itu. Sufiyah terpaksa memutuskan hubungan dengan Syahmi, Syahmi berjumpa dengan ibu dan ayah Sufiyah tetapi perjumpaan itu hanyalah sia- sia. Ibu dan ayah Sufiyah tidak dapat berbuat apa- apa kerana itu adalah wasiat. Sufiyah di jodohkan bersama Tuan Taqiudin yang merupakan cucu lelaki pertama keluarga Tuan Salleh. Pada awalnya, perhubungan mereka berjalan dengan baik. Setelah beberapa bulan berlalu, perangai Tuan Taqiudin amat menakutkan Sufiyah. Sufiyah selalu di ugut, di kongkong dan hidupnya di tentukan oleh Tuan Taqiudin. Sufiyah tidak boleh berkawan dengan mana- mana lelaki dan Sufiyah terpaksa putus kawan dengan Syahmi. Sikap cemburu Tuan Taqiudin telah menakutkan Sufiyah kerana Sufiyah di tampar oleh Tuan Taqiudin. Sufiyah di tampar kerana membalas mesej kawan sekolahnya dan hal itu telah menyebabkan darah Tuan Taqiudin naik mendadak!!
Sufiyah menceritakan hal ini kepada ibu dan ayah serta keluarga Tuan Taqiudin, tetapi malangnya, mama dan abah Tuan Taqiudin membela anakknya. Ekoran dari itu, Sufiyah amat berhati- hati apabila bersama- sama dengan Tuan Taqiudin. Malangnya, nasib tidak menyebelahi Sufiyah kerana pada waktu Tuan Taqiudin ingin membawa Sufiyah berjalan- jalan, handphone Sufiyah berdering dan Sufiyah menjawab panggilan itu seperti biasa tetapi panggilan itu menyebabkan Tuan Taqiudin meninggalkan Sufiyah di tepi jalan. Sufiyah terpaksa berjalan kaki untuk pulang ke rumahnya. Setelah beberapa hari berlalu, Tuan Taqiudin mencari Sufiyah di tempat kerjanya tetapi Sufiyah tiada di situ. Tuan Taqiudin mula marah, ketika itu, dia melihat Sufiyah sedang makan bersama kawan- kawannya. Tuan Taqiudin menerpa Sufiyah, mengheret Sufiyah supaya mengikutinya tetapi, Sufiyah enggan, malah, melawan balik apa yang di lakukan oleh Tuan Taqiudin. Tuan Taqiudin merasakan dirinya tercabar, lantas, dia mengambil pisau yang ada diatas meja makan lalu menghala kepada leher Sufiyah. Dia memaksa Sufiyah mengikutinya. Setelah itu, Tuan Taqiudin meminta maaf atas apa yang di lakukan olehnya dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi tetapi Sufiyah nekad untuk memutuskan hubungannya. Dia lebih sayangkan nyawanya dan merasakan lelaki itu PHYSCO orangnya. Sufiyah mengambil keputusan membuat aduan polis berkenaan ugutan sepanjang dia bersama Tuan Taqiudin.
Akhirnya, polis memberkas Tuan Taqiudin dan dia di syakki mengalami tekanan perasaan. Sufiyah merasakan dirinya bersyukur kerana berani bertindak. Dia memohon keampunan daripada ibu dan ayah kerana tidak mentaati wasiat itu serta memohon keampunan daripada mama dan abah Tuan Taqiudin. Sufiyah kini bebas melakukan apa yang dia suka mahupun lakukan apa yang ingin di lakukan. Sufiyah sentiasa berdoa agar dia mendapat jodoh yang baik, keberkatan untuk dia dan keluargannya, dan tidak lupa juga semoga roh arwah nenek dan datuknya di kalangan orang- orang yang beriman..sekian...
No comments:
Post a Comment